BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan marjerin pelangi
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 3 biji telur
  • *tambahan coklat cip

 

CARA MEMASAK:

1.  Pukul marjerin bersama gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu pukul hingga kembang.

2.  Masukkan susu pekat. Pukul lagi.

3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi.

4.  Bakar oven 170 selama 40 minit.

5.  Keluarkan dari acuan, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & gambar: Siti Sobri