KEK COKLAT LAVA

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cwn serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 suduteh soda bikabonat

*Satukan 4 bahan-bahan ini dan ditapis atau ayak 2 kali dalam satu bekas

  • 1/2 cawan gula pasir (dikisar halus dan satukan dalam bekas tepung)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/2 cawan air mendidih


Kek coklat yang cairi di tengah dengan penuh rasa coklat. Cara yang mudah dan hanya dikukus selama 8 minit untuk mendapat hasil cair ditengah.


KEK COKLAT LAVA

CARA-CARA

  1. Pukul telur dan masukkn dalam bekas adunan yang disatukan semua baha-bahan kering.
  2. Masukkan minyak masak dan gaul sebati.
  3. Kemudian masukan susu pekat manis dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Masukkn air mendidih dalam adunan kek tadi (satu setengah cawan air mendidih)
  5. Kacau adunan hingga sebati dan pastika tidak berketul.
  6. Kacau dengan cara memusing dibahagian tengah

CARA MENGUKUS:

  1. Panaskan air kukusan
  2. Sendukkan 2 1/2 senduk adunan ke dalam bekas cup 8 oz
  3. Setelah air kukusan mendidih, baru letak adunan kek dalam cup tadi dan kukus hanya 8 minit sahaja.
  4. Masa 8 minit sahaja untuk kita dapatkan lava dalam coklat kek tu.

TOPPING:

  1. Double boil 4 petak coklat masak, tambah satu 1 sudu majerin dan Susu segar.
  2. Kemudian tabur coklat rice.