IKAN SELAR PERCIK

Ikan bakar yang dilumur ramuan kuah percik yang penuh dengan pelbagai rasa dan lemak dari santan.

BAHAN-BAHAN

  • 7 ekor ikan selar
  • 
*5 ulas bawang merah 

  • *4 ulas bawang putih
  • 
*6 tangkai cili kering (rendam air panas )

  • *1/2 inci halia.

  • *1 batang serai (hiris nipis).
  • *1 sudu besar kerisik

  • 1 gelas santan pekat.

  • 2 gelas air. 

  • 1 keping asam keping @ gelugur.

  • 1 sudu kecil kunyit
  • Serbuk 
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK

  1. Kisar semua bahan-bahan yang bertanda*.
  2. 
Siang dan cuci ikan.
 Ambil satu sudu besar bahan kisar tambahkan sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam. Lumurkan dan perap ikan 10 minit.
 Bakar ikan. 

  3. Untuk membuat kuah, masukkn santan dalam kuali dan air. Pansakan sekejap dan masukkan asam keping.
  4. 
Masukkan bahan kisar kacau rata. Masak hingga kuah pekat.
  5. 
Bila ikan masak lumurkan atau percikan sedikit kuah atas ikan. 
Bakar kejap supaya kuah meresap pada ikan.


Kredit: Zainun Mamat