BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan yu | dibuang kulit dan dipotong kecil
  • 2 biji bawang besar  | dimayang
  • 5 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 2 cm halia | dihiris
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 2  pelepah daun kari
  • 2 sudu makan asam jawa
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak zaitun untuk menumis

 

 

CARA MEMASAK:

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia.

2.  Masukkan rempah kari. Masak seketika kemudian masukkan satu cawan air. Biar sehingga pecah minyak.

3.  Masukkan dua cawan air dan asam jawa. Biarkan mendidih.  

4.  Masukkan ikan. Perasakan dengan garam dengan secukupnya.

5.  Angkat dan nikmati segera.