Hidangan sederhana ikan berkuah asam pedas pasti menerbitkan selera makan. Mengikut selera kita yang menyukai kuah pekat atau cair.

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG



BAHAN-BAHAN
    •    Ikan
    •    
2 genggam cili kering (kisar)

    •    3 biji bawang merah (kisar)

    •    1 labu bawang putih (kisar)


    •    2 inci halia (kisar)

    •    2 inci kunyit hidup (kisar)

    •    1 sudu lada putih (tumbuk)

    •    4 biji tomato dibelah
    •    2
4 batang serai diketuk

    •    4 batang bunga kantan dibelah 2

    •    Bendi

    •    Air asam jawa



CARA-CARA MEMASAK
    1.    Panaskan minyak dan tumis serai sehingga naik bau.

    2.    Masukkan bahan kisar dan lada putih. Tumis hingga pecah minyak.

    3.    Masukkan separuh daun kesum, bendi dan bunga kantan.

    4.    Selepas itu masukkan ikan.
 Masukkan tomato dan baki daun kesum.
Perasakan dengan garam.

    5.    Masukkan air asam jawa terpulang nak air banyak mana. Kuah pekat lagi sedap.

    6.    Perlahankan api dan reneh hingga masak. dan siap untuk dimakan.


Kredit: Nor Rabi Atul Adawiyah