Kung Pao dalam masakan masyarakat cina yang selalunya menggunakan ayam sebagai bahan utama. Kali ini fillet ikan dory digoreng bersama cili kering, lada sulah dan kicap menaikkan lagi rasa.

KUNG PAO FILLET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:

  • 300gm isi ikan dory ] potong 2-3cm
  • 1 sudu makan putih telur ] pukul perlahan
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  •  2 sudu makan tepung jagung


Bahan Sos:

  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu makan kicap
  • 3 sudu makan air
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit garam jika perlu


Bahan-bahan lain:

  • 4 ulas bawang putih ] cincang kasar
  • 4 pokok daun bawang ] potong 2-3cm
  • 5 tangkai cili kering ] potong 2cm
  • 1/2 sudu teh perasa ikan bilis


CARA MEMASAK:

  1. Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan  perapan yang lain dalam mangkuk.
  2. Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
  3. Sementara itu masukkan semua  bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak,  goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
  5. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
  6. Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
  7. Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
  8. Tutup api, dan gaul rata.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.

Saiz hidangan: 2-3  orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Perap dan tumis
Keistimewaan: Dapat rasakan aroma cili kering goreng.
Anggaran perbelanjaan: RM15