TOMYAM SARDIN OLEH MY NAME IS NAPAT


 

BAHAN-BAHAN
    •    1 tin besar ikan sardin

    •    2 batang serai (dititik dann dihiris)
    •    3 helai daun limau purut (boleh letak lebih)

    •    1 sudu besar pes tomyam thai

    •    5-7 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)

    •    2 biji limau nipis (boleh letak lebih jika mahu masam lagi)

    •    sayur sawi

    •    cendawan tiram



CARA-CARA MENYEDIAKAN


  1. Masak air setengah dalam periuk sederhana kecil dan biarkan mendidih.

  2. Selepas itu masukkan serai yang dititik, daun limau purut dan pes tomyam
.
  3. Masukkan sardin tin bersama sos sekali dan perahkan limah nipis.

  4. Kemudian masukkan cendawan, sayur sawi dan cili padi.
  5. Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam, ikut rasa anda

Kredit: My Name Is Napat