IKAN TILAPIA BAKAR BERSAMBAL

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor ikan tilapia merah ] dibersihkan
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 biji bawang besar ] dihiris halus
  • 3 biji bawang putih ] dihiris halus
  • 2cm halia ] diketuk
  • 2cm lengkuas ] dihiris halus
  • 2 batang serai ] diketuk
  • 15 tangkai cili kering ] direndam dan dikisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula merah secukup rasa


BAHAN AIR ASAM:

  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 2 biji cili merah ] dihiris
  • 8 biji cili api hijau ] ditumbuk halus
  • 1 1/2 biji bawang merah ] dihiris
  • Sedikit belacan bakar ] ditumbuk
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:
Bagi menyediakan sos perapan ikan, panaskan minyak dan tumis bawang, halia, lengkuas dan serai sehingga naik wangi.
Kemudian masukkan cili kering bersama air asam jawa dan biarkan sehingga garing.
Perasakan dengan garam dan gula merah dan kacau rata.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Sebaik mendidih, angkat dan ketepikan.
Lumur ikan bersama dengan sos perapan dengan secukupnya. Bakar hingga masak.
Bagi menyediakan air asam, campur kesemua bahan dan gaul rata.
Sedia untuk dinikmati.