SUP TOMATO DENGAN BEBOLA IKAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu makan tomato puri
  • 1 paket bebola ikan | cuci dan toskan
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji buah tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan serbuk cajun
  • 1 batang saderi
  •  3 helai daun basil
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu makan mentega
  • 500ml air
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kasar bawang besar, bawang putih, tomato dan saderi. Ketepikan.
  2. Masuk mentega di dalam periuk serta bahan-bahan yang telah dikisar tadi, gaul sehingga lembut.
  3. Masukkan tomato puri, cajun, bunga lawang, gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan air sampai mendidih dan masukkan bebola ikan. Biar selama 4 minit, matikan api dan letak daun basil.

Saiz hidangan: 3-4 orang

Waktu memasak: 25 minit

Jenis hidangan: Melayu

Keistimewaan: Rasa masam

Jenis masakan: Lauk pauk

Cara memasak: Tumis dan goreng

Anggaran kos: RM7.50