BAHAN-BAHAN:

  • 100gm ikan bilis | digoreng garing
  • 3 biji ubi kentang | dipotong baji dan digoreng
  • 100gm cili merah | dikisar
  • 50gm cili padi merah | dikisar
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 1 helai limau purut | dikisar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak masak

 

CARA MEMASAK:

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.

2.  Masukkan garam. Kacau rata.

3.  Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

4.  Sedia untuk dihidangkan.