Di panggil daging hitam kerana warna yang gelap kerana kicap dan rasa rampah kari serta daun kari memberi aroma lazat pada daging. Daging masak hitam ini sesuai di makan dengan nasi tomato, nasi hujan panas dan nasi putih.

DAGING MASAK HITAM


Bahan-bahan

  • 5kg daging - dipotong
  • 2kg bawang besar blend kasar kemudian tapis (air bawang jangan buang nanti baleh bancuh rempah dan cili kisar)
  • 200gm rempah kari daging
  • 2 cawan cili mesin ( kalau mahu pedas boleh tambah lagi)
  • 2 sudu besar lada hitam ..tumbuk halus
  • 3 cawan kicap lemak
  • 1/2 cawan gula merah


Bahan-bahan tumis

  • 1 kg bawang besar hiris nipis
  • 3 labu bawang putih hiris nipis
  • 3 inci halia dimayang halus
  • 4 serangkai kayu manis, bg lawang, bg cengkih dan buah pelaga
  • 5 tangkai daun kari

 


Cara Memasak

  1. Panaskan minyak tumis 4 serangkai sampai naik bau
  2. Selpas itu masukan daun kari
  3. Masukan bawang putih, bawang besar dan halia biar sampai layu dan kuning
  4. Masukan bawang mesin masak sampai bawang layu dalam 5 minit
  5. Masukan cili mesin biar sekejap dalam 3 ke 4 minit sambil kacau
  6. Masukan rempah, lada hitam dan gula merah masak sampai pecah minyak
  7. Bila dh pecah minyak dan bau wangi masukan daging
  8. Bila daging bertukar warna masukan kicap dan sedikit air (dalam 2 cawan jangan banyak sabab daging akan keluar air)
  9. Biarkan sampai daging empuk dan pekat
  10. Siap untuk dihidang

**saya tidak tambah garam dan gula lagi sebab sudah cukup rasa tapi ikut selera masing-masing kalau ada apa yang kurang boleh ubah
** kenali daging yang kita beli kalau daging kotak elok di rebus dulu kalau daging segar tidak perlu rebus dulu.

Kredit: Lulu Makhnun Mustapa