BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging kisar | lalukan di atas air bersih dan tos
  • 100gm sos balognes
  • Sedikit parutan lobak merah
  • 1 biji tomato | dadu halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar| dadu halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

1.   Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi dan kekuningan.

2.   Masukkan masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.

3.   Seterusnya masukkan daging cincang dengan parutan lobak merah.

4.   Kacau rata sehingga airnya kering.

4.   Masukkan sos balognes, sos cili, garam dan gula secukup rasa.

5.   Sebelum angkat taburkan di dalamnya serbuk lada hitam, orengano.

6.   Biarkan mereneh seketika, kemudian tutup api.

7.   Daging Cincang Goreng Balognes sedia dihidangkan bersama roti.