BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg paru | dihiris
  • 5 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 helai daun salam
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 helai daun kunyit
  • 3cm kulit kayu manis
  • 3 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan garam

 

BAHAN KISAR:

  • 12 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 1 sudu teh lada hitam

 

CARA MEMASAK:

1.  Didihkan air dan rebus paru hingga lembut. Angkat dan toskan airnya.

2.  Dalam kuali berasingan, masukkan santan cair dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

3.  Kemudian masukkan paru, daun salam, daun limau purut, daun kunyit dan kulit kayu manis. Masak hingga kuah pekat.

4.  Tuang santan pekat, garam dan kerisik. Gaul rata.

5.  Masak lagi hingga kuah agak kering serta pecah minyak.

6.  Sedia untuk dinikmati.