Limpa lembu kalau tidak kena cara masakannya ia akan liat dan berbau. Resipi rendang memang sesuai untuk limpa kerana menutup bau dan rasa hamis lembu.

RENDANG LIMPA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm limpa ] dipotong kepingan besar
  • 1 biji kelapa ] diambil santan
  • 8 tangkai cili kering ] dikisar
  • 3 biji bawang merah ] dikisar
  • 2 ulas bawang putih ] dikisar
  • 1 biji bawang besar ] dikisar
  • 2cm halia ] dikisar
  • 2cm lengkuas ] dikisar
  • 1 batang serai ]dikisar
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 batang serai ] dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • Air secukupnya ( jika perlu)
  • Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK:

  1. Masukkan limpa, bahan-bahan kisar, santan, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serai dan asam gelugur ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih.
  2. Apabila kuah sedikit kering kira-kira separuh dari jumlah asal, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan kerisik. Gaul lagi hingga hampir kering. Perlahankan api.
  4. Setelah rendang kelihatan semakin pecah minyak, padamkan api.  Sedia untuk dinikmati.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 55 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa rendang yang sederhana.
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Tumis dan didih