BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging | hiris, cuci dan tos
  • 2 sudu makan puri tomato
  • 5 biji tomato ceri
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1sudu makan sos cili
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan minyak masak

 

CARA MEMASAK:

1.  Panaskan mentega bersama minyak, tumiskan bawang putih, merah hingga kekuningan.

2.  Kemudian masukkan puri tomato, sos cili, kacau rata.

3.  Masukkan daging, kacau hingga daging berubah warna dan airnya kering.

4.  Masukkan tomato ceri, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

5.  Akhir sekali taburkan serbuk lada hitam, orengano di dalamnya.

6.  Kacau lagi seketika, kemudian tutup api.

7.  Daging Goreng Tomato sedia dihidangkan.