DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:

  •  500gm daging ] hiris nipis
  •  1 sudu teh garam
  •  1 sudu teh gula
  •  1 sudu teh kicap
  •  1 sudu teh minyak bijan
  •  1 sudu teh tepung jagung


Bahan Sos:

  •  1 sudu makan kicap pekat
  •  3 sudu makan air rebusan stok ayam
  •  2 sudu makan sos tiram
  •  2 sudu makan gula
  •  1 sudu teh minyak bijan
  •  1 sudu teh tepung jagung


Tumis:

  •  4 ulas bawang putih ] cincang halus
  •  1 biji bawang besar ] dadu kecil
  •  3cm halia  hiris halus memanjang


Bahan-Bahan Lain:

  • 3 sudu makan minyak masak
  • 400gm kacang pis ] bersihkan
  • 1/2 biji cili benggala
  • Garam gula secukupnya


CARA MEMASAK:

  1. Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
  2. Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  4. Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan (lebih kurang 4-5 minit).
  5. Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
  6. Tuangkan bahan sos dan kacau rata.  Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Perap dan tumis
Keistimewaan: Enak  dan mudah disediakan.
Anggaran perbelanjaan: RM15