Hidangan sampingan yang istime dan enak. Daging dan sayur akilan ditumis dengan rencah ringkas tetapi melazatkan.

DAGING GORENG BABY KAILAN

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:

  •  300gm daging ] hiris nipis
  •  1 sudu teh kicap
  •  2 sudu teh minyak sayur
  •  1 sudu teh tepung jagung
  •  Sedikit garam dan gula


Bahan Sos:

  • 2 sudu makan air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung


Bahan Tumis:

  • 3 pokok anak kailan ] potong 3-4cm & celur angkat
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 biji cili merah ] hiris serong
  • 2 biji bawang merah ] hiris
  • 6 ulas bawang putih  ] cincang kasar
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam dan perasa secukupnya


CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
  2. Sambil itu sediakan sos.  Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
  4. Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan  bawang putih, bawang merah hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan  daging yang telah diperap tadi.
  6. Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
  7. Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
  8. Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Perap dan tumis
Keistimewaan:  Enak dan tidak pedas, sesuai untuk kanak-kanak.
Anggaran perbelanjaan: RM15