AYAM GORENG TEPUNG ALA KFC

BAHAN-BAHAN TEPUNG

  • 1kg tepung gandum
  • 1/2kg tepung beras
  • 2 paket kecil rempah kari (boleh tambah lagi kalau nak lebih rasa)
  • 1 sudu serbuk cili (kalau mahu rasa pedas)

 

CARA-CARA

  1. Rendamkan ayam dalam bekas yang berisi ais ketul dan sedikit air (ais ini yang akan membuat tepung melekat pada ayam dan ranggup. Tidak perlu telur)
  2. Perasakan ayam dengan sedikit garam
  3. Satukan dan gaulkan bahan-bahan kering (tepung gandum, tepung beras, rempah kari dan serbuk cili)
  4. Ambil ayam dan golek-golekan dekat tepung tadi
  5. Gorengkan ayam dalam minyak yang banyak. (supaya ayam cantik masak sekata)
  6. Goreng ayam menggunakan api yang besar dan minyak betul-betul panas

Kredit: kak gee soto