AYAM PEDAS KOREA ALA KEKNIS

BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan Perapan Ayam:
  • Ayam
  • Halia
  • Lada Hitam
  • Garam secukup rasa
  • Tepung Gandum atau tepung ubi 
 
CARA-CARA MENYEDIAKAN
  1. Ayam dicuci bersih dan ditos supaya tidak berair. Perapkan seketika ayam dengan halia, lada hitam dan garam.
  2. Salutkan ayam dengan tepung sebelum digoreng (lumur tepung di semua bahagian ayam untuk dapat kerangupan sekata). Goreng dalam minyak yang banyak agar masak sekata.
 
Bahan-bahan sos (nisbah):
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • 2 cawan Kicap soya cair
  • 2 sudu kecil Madu
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 4 sudu besar gula perang
  • Bijan

 

CARA-CARA MENYEDIAKAN
  1. Satukan dulu bahan-bahan seperti kicap soya cair, madu, serbuk cili, bijan, dan gula perang. Kacau hingga sebati.
  2. Tumiskan bawang putih dan cili kering sehingga wangi.
  3. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah disatukan tadi dan masak sampai pekat sedikit (likat).
  4. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul hingga sekata.