BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | hiris memanjang
  • 3 cawan nestum | kisar kasar
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1 sudu makan daun ketumbar yang dicincing halus
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak secukupnya | untuk menggoreng

 

BAHAN SOS BAWANG PUTIH MADU:

  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 4 sudu makan madu
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1/2  biji lemon | jus sahaja
  • Secubit garam

 

CARA MEMASAK:

1. Keringkan ayam di atas tisu dapur.

2. Sementara itu, pecahkan telur di dalam mangkuk dan campurkan lada sulah, garam,serbuk paprika dan daun ketumbar. Kacau rata.

3. Celupkan ayam dalam telur, kemudian  gaulkan dalam serbuk nestum. Ulang cara yang sama hingga ayam habis.

4. Panaskan kuali, goreng ayam hingga kuning keemasan.

5. Angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.

6. Sementara itu sediakan sos Honey Garlic

7. Campurkan  semua bahan sos dalam mangkuk, kacau hingga sebati.

8. Setelah cukup rasa hidangkan bersama dengan jejari ayam tadi.