BAHAN-BAHAN:

  • 1 senduk minyak zaiton
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 senduk sos chicken marinade

*senduk yang betul bukan sudu teh atau sudu makan.

  • 2 sudu makan lada hitam
  • 5 sudu makan kicap abc
  • 1 sudu makan basil
  • 1 sudu makan oregano
  • Seekor ayam (saiz besar)
  • 3 sudu makan serbuk cili babas
  • Garam,ajinamoto secukupnya
  • 5 sudu makan madu
  • 1 sudu makan mentega
  • Kentang
  • 1 ulas bawang besar - belah dua
  • 1 labu bawag putih - belah dua jangan buang kulit

*campur kesemua bahan-bahan diatas.

 

 

CARA MEMASAK:

1.  Basuh ayam bersih-bersih, kemudian lap dengan tisu.  Bila sudah betul-betul kering, perap ayam dgn bahan-bahan diatas. Perap selama 2 jam, tak payah masuk peti sejuk.

2. Kemudian, panaskan oven dengan suhu paling panas (oven saya jenama cornell 43L)

3. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, api atas bawah, tempoh masa membakar dalam 1jam 40min bergantung pada ketuhar masing-masing. Kalau tak ada pencucuk macam oven saya ni, guna redai besi yang jarang-jarang tu letak kat tengah-tengah, pastu letakkan tray pada lapisan bawah. Jangan lupa letak air ke dalam tray, supaya ayam tadi tak kering dan lembut serta ‘juicy’ bila dimakan.

4. Masukkan bawang, kentang dan air ke dalam tray.

5.Bila ayam sudah masak, jangan keluarkan dari ketuhar.  Biarkan ayam dalam ketuhar  selama 10 ke 15 minit.

 

INFO:

*setiap 10 minit, glis ayam dengan bahan perapan. Bila ayam dah bertukar warna, boleh berhenti glis ayam tu.

*Fungsi air ialah untuk mengelakkan ayam daripada kering bila di bakar.

* Ubi kentang pula hanya bahan sampingan, manakala bawang untuk menambahkan lagi aroma.

 

 

Kredit Resepi & gambar: Sabrina Sarsan