BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | potong dadu dan tos
  • 3 sudu makan sos ranch
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan parut keju
  • 4 biji tomato ceri
  • 1 biji telur
  • 2 cawan nestum
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

1.  Untuk menyediakan ayam goreng. Gaulkan ayam bersama lada hitam dan sedikit garam halus. Ketepikan.

2.  Sementara itu pecahkan telur dalam mangkuk,kacau rata.

3.  Panaskan minyak dalam kuali .

4.  Celupkan tempung dalam telur, kemudian gaulkan dalam nestum.

5.  Goreng hingga kekuningan.

6.   Langkah seterusnya panaskan ketuhar pada suhu 180C.

7.  Masukkan ayam goreng dalam dulang pembakar, kemudian taburkan di atasanya dengan parutan keju dan tomato.

8.  Bakar dalam ketuhar lebih kurang 5 minit sebelum dihidangkan.