BAHAN-BAHAN:

  • 500gm hirisan isi dada ayam | diperap 15 minit dengan serbuk lada putih dan garam
  • 5-6 ketul cendawan shitake | potong dua
  • 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • 3 ulas bawang  putih | cincang halus
  • 3 cm halia | hiris halus
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
  • Garam dan gula secukupnya

    

CARA-CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak, goreng hirisan isi dada ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.

2.Tinggalkan sedikit minyak, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.

3.Seterusnya masukkan cendawan shitake,kacau seketika, masukkan isi dada ayam tadi.

4.Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

5.Setelaah cukup rasa angkat dan hidangkan panas-panas.