BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong kecil dan cuci bersih
  • 2 biji kentang  | belah empat
  • 3 sudu makan seruk kari daging
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 paket kecil kerisik
  • 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 1 mangkuk santan
  • Air secukupnya
  • Sedikit air asam Jawa
  • Garam dan gula secukupnya

 

 

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang kecil
  • 4cm halia
  • 2 batang serai
  • BAHAN REMPAH PENUMIS:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelage
  • 4 kuntum bunga cengkih

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis dan daun kari  hingga wangi.

2. Masukkan bahan kisar,  kacau lebih kurang hingga sedikit garing.

3. Seterusnya masukkan bancuhan pes kari yang dicampur dengan serbuk cili.

4. Kacau lagi hingga pecah minyak. Baru masukkan ayam.

5. Kacau rata supaya bahan tumisan sebati dengan ayam.

6. Masukkan air, biar mereneh sehingga ayam kecut.

7. Baru masukkan air asam jawa diikuti santan.

8. Perasakan dengan garam dan kunyit secukupnya kemudian masukkan pula kentang.

9. Setelah cukup rasa, kecilkan api dan masukkan kerisik.

10. Kacau lagi dan biarkan mereneh 2-3 minit lagi.

11.Tutup api dan kari sedia dihidangkan.