BAHAN-BAHAN:

BAHAN PERAPAN AYAM:

  • 500gm isi dada ayam | hiris nipis
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu gogurt
  • Sedikit garam

 

BAHAN CINCANG HALUS:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 1 batang serai

 

BAHAN KISAR HALUS:

  • 1 biji tomato
  • 1 pokok daun ketumbar

 

BAHAN LAIN-LAIN:

  • 1 biji ketang | potong dadu
  • 125gm yogurt
  • 150 ml susu cair
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan mentega

 

CARA MEMASAK:

1.  Masukkan ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 30 minit dalam peti ais.

2.  Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan cincang halus hingga wangi.

3.  Masukkan pula campuran rempah kari dengan cili serbuk yang dibancuh dengan sedikit air.

4.  Kacau rata hingga timbul minyak.

5.  Masukkan ayam yang telah diperap, kentang dan bahan kisar. Kacau rata dan biarkan seketika hingga mendidih.

6.  Seterusnya masukkan yogurt,  susu cair. Kacau lagi hingga kuah pekat.

7.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

8.  Sedia dihidangkan.