Waktu memasak:  30 Minit
Saiz hidangan : 50 orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • 5kg kerepek ubi kayu
  • 200gm bawang putih | dikisar
  • 300gm gula pasir
  • 3 bungkus cili boh
  • 2 sudu makan cuka
  • 500ml air
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Satukan cili boh, bawang putih yang telah dikisar, cuka, serbuk perasa dan air di dalam mangkuk adunan. Kacau sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan kerepek ubi kayu ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
3. Seterusnya panaskan minyak dan goreng kerepek tadi sehingga garing.
4. Angkat dan toskan.
5. Akhir sekali, sedia untuk dinikmati.