Waktu memasak:  20 Minit
Saiz hidangan : 30 orang

 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 1kg pisang tanduk
  • 1 sudu makan larutan air garam
  • Minyak untuk menggoreng
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Kupas kulit pisang sehingga bersih dan hiris nipis-nipis menggunakan alat pemotong atau pisau.
2. Seterusnya panaskan minyak dan masukkan hirisan pisang tadi. Goreng seketika.
3. Kemudian masukkan pula larutan air garam dan goreng sehingga menjadi garing dan berwarna kekuningan.
4. Akhir sekali, angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan.