Waktu memasak : 15 minit
Saiz hidangan untuk : 5 orang
BAHAN-BAHAN:
Saiz hidangan untuk : 5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 50gm ikan bilis | digoreng
- 2 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang Putih | dikisar
- 15gm halia | dikisar
- 1 tangkai cili merah | dihiris
- 1 biji cili hijau | dihiris
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 125ml air asam
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
-
Minyak masak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah di kisar. Tumis sehingga naik bau.
- Selepas itu masukkan air asam. Kacau sehingga mendidih.
- Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan ikan bilis yg telah di goreng. Gaul lagi sehingga sebati.
- Akhir sekali masukan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.
- Sedia dihidangkan.






