Waktu memasak : 15 minit
Saiz hidangan untuk : 6 orang


BAHAN-BAHAN:
  • 500gm jagung manis
  • 240gm tepung gandum
  • 375ml air
  • 2 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:
  1. Masukkan jagung, tepung gandum, gula dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Ambil sedikit adunan dan jemputkan ke dalam kuali. Lakukan sehingga habis. Goreng sehingga kekuning-kuningan.
  4. Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan.