Waktu memasak: 20 Minit
Saiz hidangan : 4 Orang
Tahap : Sederhana

BAHAN-BAHAN:

300gm sayur bayam hijau | dipotong
1 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
50gm ikan bilis
Serbuk perasa ikan bilis secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
Air secukupnya
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang putih , bawang merah dan ikan bilis sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan sayur bayam , serbuk perasa ikan bilis, garam secukup rasa dan air secukupnya.
3. Masak sehingga sayur bayam layu sedikit.
4. Angkat dan sedia dihidangkan.