Waktu memasak :    20 minit
Saiz hidangan untuk :  4 orang

 

BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji jantung pisang | dicelur & dipotong halus
  • 1 helai daun kunyit | dihiris halus
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam keping
  • 100 ml santan pekat
  • Air | secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
 
 
BAHAN KISAR:
  • 50 gm halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 3 tangkai cili kering | buang biji
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan air, biarkan sehingga mendidih.
3. Apabila kuah semakin kering, masukkan kerisik, jantung pisang dan daun kunyit.
4. Masukkan garam dan gula, sesuaikan rasanya dan sedia dihidang.