Waktu memasak :   10 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang

 

BAHAN-BAHAN:
  • 100gm pucuk manis
  • 2 biji ubi keledek oren
  • 2 biji bawang merah | dipotong serong
  • 110gm pati ikan bilis
  • 500ml santan
  • 250ml air
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
 
CARA MEMASAK:
 
1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan bawang merah dan pati ikan bilis.
2. Kemudian masukkan ubi keledek dan masak sehingga empuk.
3. Setelah itu, barulah dimasukkan santan pekat dan pucuk manis. Kacau sebati dan didihkan.
4. Akhir sekali, perasakan dan masukkan cili merah.
5. Sedia untuk dinikmati.