Waktu memasak :   30 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang
 
BAHAN-BAHAN:
  • 200gm ubi kentang| dipotong 4 bahagian
  • 100gm cili kisar
  • 3 ulas bawang putih l dikisar
  • 2 biji bawang besar  l dikisar
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali, goreng kentang sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak sekali lagi. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan garam secukup rasa. Gaul sebati.
4. Selepas itu, masukkan semula kentang yang telah digoreng tadi ke dalam bahan yang sudah ditumis. Gaul rata.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.