Waktu memasak :  30 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang

 

BAHAN-BAHAN:
  • 10 biji limau kasturi
  • 120gm gula pasir
  • 250ml air
 
BAHAN TUMIS:
  • 3 biji bawang merah l ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih l ditumbuk halus
  • 2cm halia                    l ditumbuk halus
  • 3 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh rempah biji campuran
  • 7 helai daun kari
  • 2 tangkai cili kering | dipotong kecil
  • 125ml air
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
 
CARA MEMASAK:
  1. Rebus limau kasturi sehingga hilang bau maung dan pahit limau.
  2. Kemudian keluarkan limau kasturi tadi dan buangkan air.
  3. Seterusnya satukan limau kasturi rebus, air dan gula pasir di dalam periuk dan dididihkan sehingga menjadi pekat. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, rempah biji campuran, daun kari, serbuk cili dan cili kering sehingga garing.
  5. Setelah itu masukkan air dan didihkan.
  6. Kemudian masukkan pula limau kasturi yang dimasak dengan air gula tadi dan perasakan.
  7. Akhir sekali, masak sehingga pekat dan suamkan. Simpan di dalam balang berkaca dan ditutup rapat. Apabila ingin dimakan, belah dua jeruk limau dan nikmati bersama aneka kari.