Waktu memasak :30 minit
Saiz hidangan untuk : 5 orang

 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 1kg nangka muda
  • 5 biji bawang merah - dikisar halus
  • 2.5cm halia                  -dikisar halus
  • 2.5cm kunyit hidup    - dikisar halus
  • 5 tangkai cili kering   - dikisar halus
  • 2 batang serai           - dikisar halus
  • 1 helai daun kunyit | dicarik
  • 500ml santan
  • 250ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
 
 
CARA MEMASAK:
 
  1. Satukan nangka rebus dan bahan kisar halus ke dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan daun kunyit, santan dan air secukupnya. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat.
  3. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Hidangkan bersama nasi putih, nasi impit atau ketupat beras.