Waktu memasak : 20 minit
Saiz hidangan untuk : 3 orang


BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kedondong          | dipotong kecil
  • 120gm kismis
  • 5 biji bawang merah                        | dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar           | dikisar
  • 2cm halia                                           | dikisar
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan rempah kari ikan        | dibancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu makan cuka
  • 2 sudu teh bijan
  • 4 sudu makan gula
  • 65ml air
  • Minyak untuk menumis



CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar dan cili kisar seketika.
  2. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan kacau sehingga garing.
  3. Setelah itu masukkan pula air, cuka dan perasakan. Didihkan sebentar.
  4. Seterusnya masukkan kedondong dan kismis. Kacau sehingga kedondong menjadi lembut.
  5. Akhir sekali, taburkan bijan. Sedia untuk dimakan.