Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan : 5 orang


BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg campuran buah-buahan acar (jeruk cermai, buah kana merah, kana hijau limau kasturi, dan prun)
  • 100gm bawang putih                                | dihiris halus
  • 100gm bawang merah                             | dihiris halus
  • 100gm halia                                                | dihiris halus
  • Cuka secukupnya
  • 4 sudu makan gula
  • 100 gram kismis
  • 3 sudu makan cili kering
  • 2 sudu makan gula merah
  • Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris halus sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kering, gula dan garam secukup rasa.
  3. Sesudah naik minyak masukkan buahbuahan jeruk.
  4. Selepas itu masukkan cuka dan kacau sehingga sebati dan pekat.
  5. Angkat dan bolehlah dihidangkan.