BAHAN A:

  • 500 gm ubi kayu
  • Garam secukup rasa
  • 3 cawan air


BAHAN B:

  • 2 cawan santan
  • 150 gm gula pasir
  • 200 gm gula Melaka
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa



CARA MEMASAK:

  1. Rebus ubi kayu hingga empuk dan ketepikan.
  2. Kemudian didihkan semua bahan B bersama ubi kayu yang telah empuk tadi.
  3. Biarkan hingga pekat.
  4. Siap untuk dihidangkan.