Waktu memasak : 20 minit

Saiz hidangan untuk : 10 orang

 

BAHAN UNTUK PISANG:
  • Pisang berangan secukupnya | dibelah 2
  • 2 biji telur | dipukul kembang
  • Minyak untuk menggoreng
 
 
BAHAN UNTUK SOS KASTAD:
  • 1 tin buah-buahan koktel
  • 750ml susu segar
  • 240gm gula pasir
  • 120gm tepung kastad
  • Kismis secukupnya
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Celupkan pisang berangan ke dalam telur sehingga sebati.
2. Panaskan minyak dan goreng sehingga pisang berwarna kekuningan.
3. Angkat dan toskan. Asingkan.
4. Untuk membuat sos kastad pula, satukan tepung kastad bersama susu segar dan gula pasir. Didihkan sehingga menjadi pekat dan likat.
5. Tutup api dan masukkan buah-buahan koktel. Kacau rata.
6. Akhir sekali, tuangkan sos kastad tadi ke atas pisang goreng. Taburkan kismis dan sedia untuk dimakan.