Waktu memasak :  15 minit
Saiz hidangan untuk : 10 orang
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 4 keping roti gardenia | dicarik
  • 7 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air
  • 120gm gula pasir
  • 1 sudu teh esen pisang
  • Sedikit pewarna oren
 
CARA MEMASAK:
 
1. Kisarkan roti bersama telur, susu cair, air, gula pasir, esen pisang dan juga pewarna oren hingga sebati. Ketepikan.
2. Cairkan gula pasir hingga bertukar warna perang kemudian tuangkan ke dalam loyang.
3. Tuangkan bahan kisar dan kukus selama 40 minit.
4. Sedia dinikmati.