Waktu penyediaan: 10 minit

Saiz hidangan: 6 orang

BAHAN-BAHAN:
  • 1 liter air
  • 120gm gula
  • 25gm agar-agar kering | satu bungkus
  • 2 tin susu cair
  • 1 tin buah-buahan dalam tin
 
 
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga hancur.
2. Setelah agar-agar larut, tuang dan asingkan adunan dalam dua bekas berasingan.
3. Warnakan satu bekas dengan hijau dan satu bekas lagi merah.
4. Sejukkan dan potong kecil setelah mengeras.
5. Campurkan buah-buahan dalam tin bersama jeli dan juga susu cair.
6. Masukkan ais dan hidangkan.