Waktu memasak : 10 minit

Saiz hidangan untuk : 4 orang

 

BAHAN A:
  • 100gm agar-agar serbuk
  • 100gm gula perang / merah
  • 50gm gula pasir
  • 700ml santan
  • Daun pandan secukupnya
 
 
BAHAN B:
  • Pisang Raja secukupnya | dipotong
 
 
BAHAN C:
  • 5gm agar-agar serbuk
  • 350ml air
  • 70gm gula perang / merah
  • 30gm gula pasir
  • Daun pandan secukupnya
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih di atas api perlahan sambil dikacau rata agar santan tidak pecah.
2. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian.
3. Tuang satu bahagian dari bahan A ke dalam loyang dan biarkan separuh beku.
4. Susun hirisan pisang Raja dan ketepikan.
5. Selepas itu masak kesemua bahan C sehingga mendidih dan tuang di atas hirisan pisang Raja tadi. Biarkan beku.
6. Akhir sekali, tuangkan satu bahagian dari bahan A tadi, biarkan sejuk dan beku.
7. Bila sudah keras, potonglah mengikut bentuk kesukaan anda.
8. Sedia dihidangkan.