Waktu memasak: 10 minit
Saiz hidangan: Seorang
 
BAHAN-BAHAN
  • ½ biji timun | dibuang biji dan dipotong dadu kecil
  • 1 biji tomato | dibuang biji dan dipotong dadu kecil
  • 1 batang lobak merah | dipotong dadu kecil
  • Bawang besar | dipotong dadu kecil
  • 20gm kobis | dimayang halus
  • 10ml jus limau kasturi
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • ½ sudu teh daun Oregano kering
  • 2 helai daun salad | untuk hiasan
  • Garam secukup rasa
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Gaul semua bahan-bahan yang telah dipotong bersama minyak zaitun dan jus limau di dalam sebuah mangkuk.
2. Kemudian, masukkan daun oregano dan garam secukup rasa. Letakkan ke dalam pinggan dan sedia dinikmati.