Waktu memasak: 35 minit
Saiz hidangan: Seorang
 
BAHAN BEBOLA DAGING:
  • 200gm daging cincang
  • ½ labu bawang Holland | dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih | dimayang halus
  • 3 sudu makan serbuk roti
  • 1 biji telur
  • ¼ sudu teh daun kemangi
  • ¼ sudu teh serbuk lada hitam
  • ¼ sudu teh serbuk rosemary
  • Garam secukup rasa
 
 
BAHAN SOS PASTA:
  • 150gm spageti | telah direbus
  • 70gm puri tomato
  • 2 biji tomato | dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih | dimayang halus
  • ½ sudu teh herba campuran
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu teh minyak zaitun
 
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bebola daging, adunkan kesemua bahan dan gaul sebati. Kemudian, bentuk adunan menjadi bebola kecil.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga ia garing sedikit. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, tumis bawang putih di dalam periuk sehingga wangi menggunakan minyak zaitun.
4. Masukkan tomato yang telah di cincang dan puri tomato. Kacau hingga naik bau.
5. Selepas itu, masukkan herba campuran dan serbuk lada hitam. Kacau lagi.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar hingga mendidih. Angkat dan hidangkan bersama spageti yang telah direbus dan bebola daging.
7. Sedia dinikmati.