Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 2 orang
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 200gm nasi putih
  • 30gm bawang putih
  • 30gm bawang merah ditumbuk
  • 6 biji cili padi
  • 20gm ikan bilis | digoreng
  • 30gm hirisan daging ayam
  • 2 biji telur
  • 50gm sayur kangkung
  • Garam secukup rasa
  • Keropok ikan secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih serta bawang merah sehingga wangi.
2. Selepas itu masukkan telur dan kacau sampai mengeluarkan buih putih.
3. Masukan ayam dan cili padi. Masak sehingga garing.
4. Kemudian masukkan nasi putih , kangkung dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biarkan nasi masak seketika.
5. Angkat dan sedia dihidangkan bersama keropok ikan.