Waktu penyediaan: 10 minit

Saiz hidangan: 8 orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter air teh bunga
  • 500ml kordial lemon
  • 1 biji buah lemon | dihiris nipis
  • Madu secukup rasa
  • Kiub ais secukupnya
 
BAHAN HIASAN:
1 hirisan lemon
 
 
CARA MEMASAK:
1. Satukan air teh bunga bersama kordial lemon dan dikacau rata.
2. Kemudian masukkan madu dan hirisan buah lemon ke dalam bancuhan.
3. Akhir sekali, masukkan kiub ais dan hiaskan dengan hirisan lemon di bibir gelas. Sedia untuk diminum.