Waktu memasak: 35 minit
Saiz hidangan: 2 orang
 
BAHAN-BAHAN:
  • 2 ketul yee mi | rendam sebentar dan tos
  • 2 biji telur | dadar dan hiris halus
  • ½ labu bawang besar | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 100gm udang
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 100gm tauge
  • 50gm kucai | dihiris
  • 1 sudu teh gula
  • ½ sudu teh garam
 
 
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap cair. Kacau sebentar dan masukkan udang.
3. Kemudian, masukkan yee mi dan kacau hingga sebati dengan perisa.
4. Masukkan tauge, kucai dan garam secukup rasa.
5. Hidangkan dan tabur hirisan telur dadar. Sedia dinikmati.