Waktu memasak:  30 Minit
Saiz hidangan : 2 Orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • 800 gm spageti
  • 500 gm daging kisar
  • 200 gm bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang batang saderi
  • ½ biji lobak merah
  • 1 helai daun salam
  • 200 gm tomato puri
  • 500ml air stok ayam
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukupnya
  • 2 sudu makan minyak zaitun
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Spageti direbus sehingga lembut. Ketepikan.
2. Sos spageti: Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang besar, lobak merah dan batang saderi.
3. Masak dan gaulkan sehingga 5 minit dengan menggunakan api yang sederhana sehingga menjadi warna keemasan.
4. Besarkan sedikit api, tambahkan daging kisar. Kacau sehingga sebati dengan menggunakan garpu hingga daging direbus empuk.
5. Masukkan stok ayam, tomato puri, gula dan daun salam.
6. Masukkan ke semua ramuan tadi ke dalam periuk, kecilkan api dan renehkan selama setengah jam sambil dikacau rata.
7. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Tuang sos ke atas spageti dan sedia dihidangkan.