Waktu memasak: 30 minit
Saiz hidangan: 4 orang
 
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ikan patin
  • 15 ulas cili api | ditumbuk
  • 5cm kunyit | ditumbuk
  • 4 sudu tempoyak
  • 1 papan petai
  • 1 helai daun kunyit (untuk membalut)
  • 1 helai daun pisang (untuk membalut)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
 
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan patin bersama cili api, kunyit, tempoyak, petai garam dan gula secukup rasa.
2. Balut ikan patin tersebut dengan daun kunyit dan kemudian daun pisang.
3. Bakar sehingga ikan masak dan sedia dihidangkan.