Waktu memasak: 35 minit
Saiz hidangan: 5 orang
 
BAHAN-BAHAN:
  • 500gm udang
  • 300ml santan pekat
  • 10 batang kacang panjang
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1sm halia
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • Garam secukup rasa
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga garing.
2. Kemudian masukkan rempah kari daging yang dicampur dengan halia. Biarkan masak sehingga garing.
3. Masukkan santan dan kacau sebati. Biarkan sehingga mendidih dengan api perlahan.
4. Akhir sekali masukkan udang, kacang panjang dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Biarkan mendidih seketika dan angkat.